Pemimpin Keadilan di seluruh negara membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Datuk T' berhubung pembabitan mereka dalam video seks yang didakwa memalitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Oleh itu,kami AMK Gopeng diketuai oleh Zafril Eusoff (Ketua Angkatan Muda Keadilan Gopeng juga Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Malaysia) membuat laporan polis di Balai Polis Gunung Rapat Ipoh pada 24-3-2011petang supaya pihak PDRM mengambil tindakan tegas kepada Datuk T kerana mengedarkan bahan lucah dan melakukan ugutan jenayah.
Datuk T adalah nama samaran bagi tiga tokoh - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thambi Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.
Mereka mengakui bertanggungjawab menjemput beberapa pertubuhan media untuk menonton video seks yang dikatakan membabitkan ketua umum PKR itu dengan seorang pelacur.
Ketua Angkatan Muda Keadilan Gopeng juga Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Malaysia Zafril Eusoff berkata, pihak
polis diminta menyiasat perkara itu sebagai kesalahan jenayah mengikut Seksyen 292, Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002, kerana menayang bahan lucah kepada awam.
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan juga Penolong Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia Lim Hon Can juga berkata, pihak polis harus mengambil tindakan tegas kepada Dutuk T mengikut Seksyen 503 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut dan menakut-nakutkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sila layari http://amkgopeng.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.


No comments:
Post a Comment