Buku Jingga adalah reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam dasar bersama oleh Pakatan Rakyat. Tujuan Angkatan Muda KEADILAN Gopeng mempromosi dan mengedar Buku Jingga adalah supaya rakyat Malaysia mengetahui tentang dasar dan program yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat sekiranya diberikan mandat oleh rakyat untuk memerintah bumi Malaysia tercinta ini.
Zafril Eusoff (Ketua Angkatan Muda Keadilan Gopeng juga Ahli Majlis Pimpinan AMK Malaysia) menyeru khususnya golongan muda untuk mengambil bahagian dalam mengubah lanskap politik tanahair dengan menyertai Parti KEADILAN Rakyat.
Bagi yang berminat, bolehlah menghubungi Sdr Zafril ditalian 019-4526642 atau Sdr Lim Hon Can (Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Gopeng juga Naib Ketua AMK Perak) 016-4112570. Untuk maklumat yang lanjut, sila layari laman web rasmi Angkatan Muda Keadilan Gopeng http://amkgopeng.blogspot.com atau http://amkgopeng.wordpress.com/


No comments:
Post a Comment