Saturday, March 26, 2011

KEADILAN Gopeng membuat Laoporan Polis 人民公正党务边区部报警,促对付拿督T


KEADILAN Gopeng diwakili oleh Timbalan Ketua Cabang Gopeng Megat Ikmal, dan diiringi oleh Ketua AMK Gopeng Zafril Eusoff, Timbalan Ketua AMK Gopeng Lim Hon Can dan Timbalan Ketua Ranting Simpang Pulai Choong Swee Yoong membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Ipoh pada petang 25-3-2011 supaya pihak PDRM mengambil tindakan tegas dan segera ke atas Datuk “ T “ kerana mengedarkan bahan lucah dan melakukan ugutan jenayah.

Megat Ikmal juga merupakan pegawai khas Ahli Parlimen Gopeng berkata sepatutnya bahan lucah itu diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan. Tindakan Datuk T menayangkan video itu di khalayak ramai adalah salah di sisi undang-undang dan sepatutnya mereka ditahan oleh pihak polis. Dengan ini saya harap pihak polis bertindak adil dan sewajarnya ikut lunas undang-undang negara.

Zafril Eusoff juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Malaysia meminta pihak polis menyiasat perkara itu sebagai kesalahan jenayah mengikut Seksyen 292, Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002, kerana memiliki dan menayang bahan lucah kepada awam.

Lim Hon Can selaku Penolong Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia juga berkata, pihak polis harus mengambil tindakan tegas dan segera kepada Datuk T mengikut Seksyen 503 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut dan mengancam keselamatan hak peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Ketua Ranting Simpang Pulai Choong Swee Yoong juga harap pihak polis segera menjalankan siasatan dengan adil dan saksama agar keadilan dikembalikan kepada ketua umum Parti Keadilan Rakyat dan membersihkan tuduhan palsu ke atas beliau secepat mungkin.

Sila layari http://amkgopeng.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut

(25日讯) 人民公正党务边区部署理主席梅戈代表人民公正党务边区部同仁,在务边区部公青团团长扎菲尔和署理团长林汉权以及新邦波赖支部署理主席张瑞荣的陪同下在25日下午到怡保区警局报案,希望警方立刻对"拿督T"等人因散发淫秽影片和公开恐吓的犯罪行为采取行动。

也是务边国会议员特别助理的梅戈,他说拿督 T 展示色情视频予公众是触犯法律的行为,他们应该被警方立刻拘留。他也希望警方能秉持公正,妥善的依法律去处理。

此外也是公青团全国最高理事扎菲尔向警方要求根据第292条刑法及电检法令第5(1)条文下向公开承认有性爱影片和公开播映的3人立刻采取逮捕行动。

也是公青团全国副秘书林汉权也要求警察以刑事法典503(恐吓)条文,立即向有关3人展开调查。因有关3人公开恐吓国会反对党领袖拿督斯里安华和公正党全国主席拿汀斯里旺阿兹莎。

新邦波赖支部署理主席张瑞荣则希望警方立即展开调查,尽快还我党实权领袖拿督斯里安华一个清白。

No comments:

Post a Comment